REFLEKSI MINGGU KEEMPAT BELAS
Assalamualaikum, pada minggu keempat belas ini, di minggu yang terakhir sebelum kami menghadapi final exam. Kami telah di minta untuk melaksanakan tugas yang terakhir yaitu tugas 8:
1.1. Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
1.1. Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
- VLOOKUP
- STDEV
- AVERAGE
- COUNTIF
- Sort
- Filter
- Graph
REFLEKSI MINGGU KETIGA BELAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ketiga belas ini adalah minggu yang kedua terakhir sebelum kami mengakhiri kelas komputer salam pendidikan ini. selepas itu kami harus meharungi minggu peperiksaan akhir selepas ini. Pada minggu ketiga belas ini, hampir kesemua tugasan yang telah diberikan hampir siap. Hanya tugasan tujuh sahaja dalam proses untuk menyiapkannya. Tugasan 7 dimana kami harus mencipta sebuah video yang bertajukkan perisisan asal berlesen dan sumber perisian terbuka. Pada minggu ini juga, Pn. Siti Fatimah telah meminta kami memasukkan suara/voicing supaya video tugasan akan dihasilkan lebih menarik dan bermanfaat untuk penonton serta tidak membuat penonton bosan.
REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS
Pada minggu yang kedua belas ini, kami telah diberi tugasan yang lain daripada yang lain keran Pn.Siti Fatimah telah meminta kami untuk menghasilkan satu gambar yang menggunakan teknik superimpose. Pensyarah kami juga telah menunjukkan contoh yang terdapat didalam youtube yang menunjukkan bagaimana orang barat menggunakan teknik superimpose ini. Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, kita sedia maklum bahawa banyak pemalsuan gambar yang berlaku khasnya di media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Oleh itu, kami diminta untuk mempelajari bagaimana teknik superimpose dilakukan pada gambar-gambar. Walaubagaimanapun, ia bukannya untuk tujuan perkara yang tidak baik tetapi hanya sekadar mempelajari teknik-tekniknya sahaja.
REFLEKSI MINGGU KESEBELAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu yang kesebelas ini pensyarah kami telah memberi tugasan yang kelapan yaitu membuat video berdasarkan tajuk yang kami terima pada tugasan ketiga bertajuk perisian asal berlesen dan perisian sumber terbuka. Pn. Siti Fatimah telah mencadangkan kepada kami untuk membina video melalui laman web powtoon. bagi saya, ini baru pertama kali saya menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat video. Selain itu, video maker juga boleh digunakan untuk membuat video selain daripada powtoon. Ini merupakan tugasan saya yang pertama untuk membuat video, sebelum ini saya hanya menggunakan slide untuk mempersembahkan sesuatu tugasan. Tugasan ini diberi masa tiga minggu untuk disiapkan, saya bersama ahli kumpulan akan kerjasama yang baik untuk menghasilkan video yang baik keranan ini adalah pertama kali bagi kami menghasilkan video.
REFLEKSI MINGGU KESEPULUH
Assalamualikum dan salam sejahtera, Berjumpa kita kembali di minggu kesepuluh...minggu ini pensyarah Pn, Siti Fatimah telah memberikan tugasan baru iaitu membuat brochure di publisher tentang tajuk tugasan kami iaitu perisian berlesen dan terbuka. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan dan markah akan diberi secara individu. Kreativiti dan pengisian maklumat amat penting dalam menghasilkan brochure yang baik.Semoga kami dapat menghasilkan tugasan ini dengan baik.
REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN
Assalamualaikum...di minggu kesembilan.. minggu ini adalah minggu yang terakhir sebelum kami bercuti selama seminggu, saya dan ahli kumpulan kami telah megenalpasti responden yang telah menjawab soal selidik kumpulan kami... kami memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang responden untuk menyiapkan tugasan kami....oleh kerana responden kami masih tidak mencukupi...kami masih dalam proses penerimaan maklum balas daripada responden-responden .
REFLEKSI MINGGU KELAPAN
Assalamualaikum dan selamat malam, Minggu ini pensyarah kami telah membuat semakan mengenai soalan-soalan yang kami reka mengikut tajuk-tajuk yang diberikan. Pn. Siti Fatimah mengulas dan memberi kritikan supaya kami memperbaiki soalan yang kami bina dalam borang soal selidik kami. Teguran ini sangat membantu kami dalam menghasilkan soal selidik yang lebih baik lagi. Selepas itu, kami diminta menghantar borang soal selidik yang kami lakukan ke Forum GE1155.
REFLEKSI MINGGU KETUJUH
Assalamualaikum, pada minggu ketujuh kami telah menerima tugasan 4 untuk membuat soal selidik tentang tajuk Perisian Asal/Berlesen dan Perisian Sumber Terbuka. Kami telah mereka sebanyak 14 buah soalan untuk dihantar melalui email. Pada hari rabu pada minggu yang sama, kami telah mengadakan lawatan ke Pustakaan Tun Sri Lanang. Seorang wakil dari SR-1 telah membuat temujanji dengan pegawai Pustakaan Tun Seri Lanang untuk mengadakan seminar tentang laman web gemilang.
REFLEKSI MINGGU KEENAM
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI, PADA MINGGU INI PENSYARAH KURSUS TELAH MEMBERI PENEKANAN TENTANG KONSEP C.A.S.P.E.R DALAM MENGHASILKAN PERSEMBAHAN SLIDE YANG BAIK. DENGAN ADANYA KONSEP INI, SAYA DAPAT MEMPERBAIKI PERSEMBAHAN SLIDE YANG BAIK.SAYA BERPENDAPAT KONSEP INI SANGAT MEMBANTU SAYA DALAM MENGUMPUL INPUT DALAM MENGHASIKAN GOOGLE SLIDE YANG BAIK SERTA MEMBERI BIMBINGAN AGAR PERSEMBAHAN GOOGLE SLIDE KUMPULAN KAMI LEBIH KREATIF DAN TIDAK MENYIMPANG DARI TAJUK KAMI IAITU PERISIAN SUMBER TERBUKA DAN PERISIAN SUMBER BERLESEN.
REFLEKSI MINGGU KELIMA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, BAGI AKTIVITI MINGGU KELIMA IALAH MENYEMPURNAKAN TUGASAN 1 DAN 2 YANG DIBERIKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. BAGI TUGASAN 3 PULA DALAM PROSES PENYIAPAN. SAYA BERSAMA AHLI KUMPULAN SAYA TELAH MEMBUAT PERBINCANGAN TENTANG TUGASAN 2 DAN 3 DI GOOGLE DOCS UNTUK MEMUDAHKAN LAGI PENGUMPULAN MAKLUMAT BERSAMA AHLI KUMPULAN. SECARA TIDAK LANGSUNG, DAPAT MEMPERKUKUHKAN FAKTA TENTANG DAPATAN SESUATU MAKLUMAT YANG TELAH DIBERIKAN. KAMI JUGA TELAH MEMBUAT SATU FAIL YANG KHUSUS DI GOOGLE DOCS UNTUK AKTIVITI TUGASAN 3 DAN PERLU MEMBUAT PEMBENTANGAN DI GOOGLE SLIDE. KONSEP C.A.S.P.E.R SANGAT PENTING BAGI KAMI UNTUK MENGHASILKAN TUGASAN 3 KAMI DI GOOGLE SLIDE. C.A.S.P.E.R BERMAKSUD CONTRAST, ALLINGMENT, SYMMETRICAL/SIMPLYCITY, PROXIMITY, EMPHASIS AND REPETITION.
REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
ASSALAMUALAIKUM, REFLEKSI BAGI MINGGU YANG KEEMPAT BERDASARKAN APA YANG SAYA DAPAT IALAH KAMI MEMPERBAIKI LAMAN WEEBLY KAMI.SELAIN ITU, SAYA JUGA MEMBETULKAN KESILAPAN YANG KAMI LAKUKAN DALAM GMAIL DAN GOOGLE DRIVE. SELAIN ITU, DR. SITI FATIMAH JUGA TELAH MEMBERIKAN TUGASAN UNTUK MINGGU YANG KEEMPAT DAN KELIMA UNTUK KAMI MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI.
REFLEKSI MINGGU KETIGA
SAYA MUHAMMAD HAZIQ BIN KAMARUDIN MERUPAKAN PELAJAR TAHUN 1 DARI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI. REFLEKSI SAYA BAGI MINGGU KETIGA INI IALAH MENGETAHUI FUNGSI GMAIL DALAM KEHIDUPAN MASA KINI. SELAIN DARIPADA MENGHANTAR EMAIL, SAYA JUGA MEMPELAJARI CARA UNTUK MENAMBAH "SIGNATURE" PADA EMAIL YANG DIHANTAR. SELAIN DARIPADA GMAIL, SAYA JUGA BARU MENGGUNAKAN LAMAN WEEBLY. APA YANG SAYA PEROLEH DARIPADA LAMAN TERSEBUT IALAH MENGETAHUI FUNGSI WEEBLY DAN CARA MEMBUAT AKAUN WEEBLY. SELAIN ITU SAYA JUGA DAPAT MENGETAHUI CARA MENGUBAHSUAI PAPARAN PADA WEEBLY SERTA MENGEMASKINI BLOG DALAM WEEBLY.