Tugasan 8:
1. penerangan & perbincangan tentang fungsi-fungsi microsoft excel dan google docs (spreadsheet)
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
tugasan_8-_muhammad_haziq_bin_kamarudin.xlsx | |
File Size: | 6 kb |
File Type: | xlsx |
Tugasan 7:membina video berdasarkan tajuk Perisian Asal dan Berlesen & Perisian Sumber Terbuka
https://www.powtoon.com/online-presentation/dPUM3ohunIv/perisian-asalberlesen-dan-terbuka/
https://www.youtube.com/watch?v=dEM3LoGeKfo
Tugasan 6:membina brochures tentang Perisian Asal dan Berlesen & Perisian Sumber Terbuka
tugasan_6-_muhammad_haziq_bin_kamarudin.pub | |
File Size: | 254 kb |
File Type: | pub |
Tugasan 5: Proses penyelidikan
Your browser does not support viewing this document. Click here to download the document.
Tugasan 4: Membina soal selidik tetntang Perisian Asal dan Berlesen & Perisian Sumber Terbuka
https://docs.google.com/forms/d/1G-MJepwS2kQBXke-VLHo6RDf93AB7fXLzBWKFH41wCo/viewform
Tugasan 3:Perisian Asal dan Berlesen & Perisian Sumber Terbuka
Your browser does not support viewing this document. Click here to download the document.
tugasan_3-_presentasion.pptx | |
File Size: | 3969 kb |
File Type: | pptx |
TUGASAN 2 Learning Management System (LMS) dan Course Management System(CMS)
Satu sistem pengurusan pembelajaran yang dikenali sebagai Learning Management System (LMS) atau dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penghantaran teknologi elektronik pendidikan (juga dikenali sebagai e-pembelajaran) kursus pendidikan atau program latihan. Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran.Satu sistem pengurusan kursus (CMS) adalah koleksi alat perisian menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi tentu. Course Management System (CMS) atau Sistem Pengurusan Kursus biasanya termasuk pelbagai alat dalam talian dan persekitaran seperti kawasan untuk penempatan fakulti bahan-bahan kelas, termasuk sukatan pelajaran,kawasan untuk penempatan pelajar kertas dan tugasan,alat berbual membolehkan komunikasi dalam kalangan peserta dan papan perbincangan yang panjang yang membolehkan komunikasi statik dalam kalangan peserta. CMS merupakan sebuah aplikasi perisian berasaskan web tetapi berbeza skop penggunaannya berbanding LMS. Penggunaan CMS lebih berfokus.Ianya lebih menumpukan tentang pengurusan sesuatu kursus.Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu Gmail group,facebook group dan blog.
Mengapa pentingnya kedua-dua sistem ini ?
Sistem ini mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. Ia juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat.
Kenapa ia dijalankan ?
LMS di jalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian kursus atas talian.LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Faktor utama LMS yang menjadi tarikan adalah kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas.Contohnya di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN.SPIN digunakan untuk memuat turun nota yang disediakan oleh pensyarah,mendapatkan maklumat berkenaan dengan tugasan serta untuk melihat keputusan peperiksaan.Di samping itu,LMS di SPIN membolehkan pelajar mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan,membolehkan pelajar menambah atau menggugurkan kursus yang ditawarkan,membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan satu kursus melalui chat real-time,emel dan sebagainya.
Dimana ia digunakan ?
LMS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.
Siapa yang menggunakan ?
LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru, pensyarah,staf-staf pendidik,ahli peniagaan dan kerani di pejabat.Selain itu,LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan.Selain itu,ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran bilik darjah.Contohnya,di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah.
Bagaimana ia digunakan?
LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
Kebaikan LMS...
anggota kakitangan menerima program latihan yang sesuai serta membantu menguruskan bilik darjah,tenaga pengajar, kelengkapan dan sumber-sumber lain yangdiperlukan untuk menyampaikan kursus.
Perisian Sumber Terbuka/ Perisian Percuma.....
Perisian sumber terbuka Open-source software - (OSS) adalah perisian komputer dengan yang kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua orang dan untuk semua tujuan. Perisian sumber terbuka seringkali dibangunkan secara awam, melalui cara kerjasama. Perisian sumber terbuka adalah contoh yang paling menonjol bagi pembangunan sumber terbuka dan sering dibandingkan dengan (takrifan secara teknikal) kandungan yang dijana pengguna atau (takrifkan secara perundangan) pergerakan kandungan terbuka.stilah "sumber terbuka" pada asalnya hanya digunakan bagi kod sumber perisian, ia sekarang sedang digunakan untuk banyak bidang lain seperti ekologi sumber terbuka, ,gerakan untuk mengagihkan teknologi supaya mana-mana manusia boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, ia sering disalahgunakan bagi kawasan-kawasan lain yang mempunyai prinsip-prinsip yang berbeza dan bersaing, yang bertindan sebahagiannya.
Satu laporan oleh Standish Group (sejak 2008) menyatakan bahawa penggunaan model perisian sumber terbuka telah menghasilkan penjimatan sebanyak kira $ 60 bilion setiap tahun bagi pengguna.
Senarai Open Source Software...
Kesimpulannya LMS dan CMS ini mempunyai ciri-ciri fleksible yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Ternyata kewujudan sistem-sistem ini telah mempelbagaikan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan yang ada pada sistem ini telah banyak membantu menyeslesaikan banyak masalah Rata-rata pengguna amat berpuas hati dengan sistem-sistem ini. Perbezaan antara LMS (Learning Managment System) dan CMS (Content Managment System) ialah Learning Managemeng System (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan. LMS ini sebenarnya satu sistem yang memudahkan pengurusan dalam pentadbiran.Ia membolehkan maklumat di hantar dengan pantas. Kolej dan universiti juga menggunakan LMS untuk menyampaikan kursus-kursus dalam talian dan menambah kursus di kampus. Jabatan latihan korporat menggunakan LMS untuk memberikan latihan dalam talian, serta mengautomasikan penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja. Kebanyakan LMS adalah berasaskan web untuk memudahkan akses ke kandungan pembelajaran dan pentadbiran. Manakala (CMS) adalah satu program komputer yang membolehkan penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan dari pusat antara muka. Fungsi utama Sistem Pengurusan Kandungan adalah untuk menyampaikan maklumat dalam laman web. Ciri-ciri CMS berbeza dari sistem kepada sistem. Sistem Mudah mempamerkan beberapa ciri, manakala siaran lain, sistem terutamanya perusahaan, menawarkan fungsi yang lebih kompleks dan berkuasa. Dalam CMS, kandungan boleh ditakrifkan sebagai dokumen, filem, teks, gambar, nombor telefon, data saintifik. CMS digunakan untuk menyimpan, mengawal, menyemak, dan menerbitkan dokumentasi.

- Memusatkan dan strategi pembelajaran
- Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
- Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
- Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
- Mudah alih sokongan dan standart
- Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Kebaikan LMS...
- Menetapkan dan merekodkan latihan untuk kakitangan dengan LMS
anggota kakitangan menerima program latihan yang sesuai serta membantu menguruskan bilik darjah,tenaga pengajar, kelengkapan dan sumber-sumber lain yangdiperlukan untuk menyampaikan kursus.
- Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
- Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
- Mengurangkan kos latihan dengan LMS
- Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia
Perisian Sumber Terbuka/ Perisian Percuma.....
Perisian sumber terbuka Open-source software - (OSS) adalah perisian komputer dengan yang kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua orang dan untuk semua tujuan. Perisian sumber terbuka seringkali dibangunkan secara awam, melalui cara kerjasama. Perisian sumber terbuka adalah contoh yang paling menonjol bagi pembangunan sumber terbuka dan sering dibandingkan dengan (takrifan secara teknikal) kandungan yang dijana pengguna atau (takrifkan secara perundangan) pergerakan kandungan terbuka.stilah "sumber terbuka" pada asalnya hanya digunakan bagi kod sumber perisian, ia sekarang sedang digunakan untuk banyak bidang lain seperti ekologi sumber terbuka, ,gerakan untuk mengagihkan teknologi supaya mana-mana manusia boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, ia sering disalahgunakan bagi kawasan-kawasan lain yang mempunyai prinsip-prinsip yang berbeza dan bersaing, yang bertindan sebahagiannya.
Satu laporan oleh Standish Group (sejak 2008) menyatakan bahawa penggunaan model perisian sumber terbuka telah menghasilkan penjimatan sebanyak kira $ 60 bilion setiap tahun bagi pengguna.
Senarai Open Source Software...
- Moodle
- Adope captive
- Adope photoshop
- LINUX
- DOS
- UNIX
Kesimpulannya LMS dan CMS ini mempunyai ciri-ciri fleksible yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Ternyata kewujudan sistem-sistem ini telah mempelbagaikan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan yang ada pada sistem ini telah banyak membantu menyeslesaikan banyak masalah Rata-rata pengguna amat berpuas hati dengan sistem-sistem ini. Perbezaan antara LMS (Learning Managment System) dan CMS (Content Managment System) ialah Learning Managemeng System (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan. LMS ini sebenarnya satu sistem yang memudahkan pengurusan dalam pentadbiran.Ia membolehkan maklumat di hantar dengan pantas. Kolej dan universiti juga menggunakan LMS untuk menyampaikan kursus-kursus dalam talian dan menambah kursus di kampus. Jabatan latihan korporat menggunakan LMS untuk memberikan latihan dalam talian, serta mengautomasikan penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja. Kebanyakan LMS adalah berasaskan web untuk memudahkan akses ke kandungan pembelajaran dan pentadbiran. Manakala (CMS) adalah satu program komputer yang membolehkan penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan dari pusat antara muka. Fungsi utama Sistem Pengurusan Kandungan adalah untuk menyampaikan maklumat dalam laman web. Ciri-ciri CMS berbeza dari sistem kepada sistem. Sistem Mudah mempamerkan beberapa ciri, manakala siaran lain, sistem terutamanya perusahaan, menawarkan fungsi yang lebih kompleks dan berkuasa. Dalam CMS, kandungan boleh ditakrifkan sebagai dokumen, filem, teks, gambar, nombor telefon, data saintifik. CMS digunakan untuk menyimpan, mengawal, menyemak, dan menerbitkan dokumentasi.
TUGASAN 1: KOMPUTER SEBAGAI ALAT, GURU DAN PELAJAR SERTA KAITANNYA DENGAN SUKAN DAN REKREASI.
Di era globalisasi ini banyak hal yang dapat dilakukan seseorang. komputer adalah media atau alat bantu untuk mempermudahkan pekerjaan seseorang baik dalam bidang pendidikan mahupun yang lain juga. Komputer sangat berperanan aktif dalam pendidikan, selain dapat mengakses informasi dari segala penjuru dunia. Komputer juga dapat membantu para pendidik untuk mengajar dan menyajikan pelajaran yang menarik dan kreatif baik di sekolah mahupun di perguruan tinggi sehingga perserta didik merasa nyaman dengan perguruan yang telah diberikan oleh pendidik. Antara lain, komputer adalah suatu alat elektronik yang mampu melakukan beberapa tugas, yaitu menerima input, memproses input sesuai dengan instruksi yang diberikan, menyimpan perintah-perintah dan hasil pengolahannya, serta menyediakan output dalam bentuk informasi.
'Komputer sebagai alat' ialah penggunaan komputer sebagai alat untuk membantu pengajar atau guru menguruskan pengajarannya (Newby etal., 2000). Contohnya dalam aspek alat komunikasi, alat grafik dan persembahan, alat peyimpanan data dan alat pencarian maklumat.
-Komputer dikatakan sebagai alat komunikasi kerana ia membantu komunikasi antara sesama individu malah lebih individu dengan menggunakan internet dalam menampilkan data, perkongsian maklumat dan sebagainya . Contohnya seperti Gmail, Facebook dan Skype.
-Komputer dikatakan sebagai alat penyimpanan data kerana ia membantu dalam menyimpan data di dalam folder-folder yang dibuat bagi memudahkan pencarian jika digunakan. Para pengguna komputer boleh menyimpan data dan maklumat sebanyak yang mereka inginkan mengikut kemampuan penyimpanan data komputer. Folder yang di buat juga mengelak daripada percampuran data dengan data yang lain.
-Komputer dikatakan sebagai alat grafik dan persembahan kerana ia membantu dalam menyampaikan maklumat melalui persembahan iaitu menggunakan aplikasi Microsoft power point dan Microsoft Office. Aplikasi ini membantu guru untuk menyampaikan pelajarannya kepada lebih daripada 5 orang pelajar.
Komputer sebagai guru pula berkenaan dengan adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pengajaran yang telah diprogramkan.Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas.
-Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri mengikut kemampuan masing-masing serta memudahkan dan mempercepatkan kefahaman konsep deduatu pelajaran.
- membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar serta penggunaan komputer ini menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan lebih menyeronokkan.
- Tutorial dan latih tubi membantu pelajar dalam mata pelajaran serta membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
Komputer sebagai pelajar adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer.Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna,sebaliknya pengguna yang mengawal komputer.Sebagai alat,komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.Perisian-perisian aplikasi seprti pangkalan data,hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah yang paling kerap di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat.Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia.
Akhir sekali, penggunaan komputer dalam sukan dan rekreasi. Teknologi dan Dunia sukan kini bukan lagi sesuatu yang asing. Mahu tidak mahu pengiat sukan tidak akan terlepas dari menggunakan bantuan teknologi walaupun ada kritikan yang mengatakan teknologi boleh memperlahankan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung. Sebaliknya ramai pihak pula akan berpuas hati dengan penggunaannya kerana ia dapat memberikan keputusan yang lebih tepat dan adil bagi kes-kes yang meragukan. Kebanyakan sukan profesional di luar negara khususnya Amerika Syarikat sudah menggunakan bantuan teknologi seperti instant replay dan lain-lain bantuan hi-tech untuk membantu pengadil membuat keputusan yang lebih tepat dan adil.
Kesimpulannya, komputer mempunyai banyak fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar, guru dan lain-lain. komputer boleh digunakan dalam berbagai aspek dan sangat berguna pada zaman kini. Oleh itu, setiap individu perlu terlibat dalam mempelajari ilmu tentang komputer supaya dalam lebih mudah untuk menggunakan komputer yang mempunyai pelbagai fungsi dan kemudahan.